365 NEWS: BOIKOT SAJIAN ISTIMEWA SUP SIRIP IKAN YU
Boikot sajian istimewa sup sirip ikan yu WALAUPUN jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi, para pengunjung masih berpusu-pusu memasuki Pasar Borong Selayang, Selangor untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Ketika menjengah ke bahagian basah pasar itu, mata penulis tertancap pada sebuah gerai yang melonggokkan beberapa ekor ikan yu atau jerung bersaiz kecil di atas meja untuk dijual. Menurut penjual ikan berusia dalam lingkungan 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Keng itu, ikan yu yang dijual pada harga RM10 sekilogram tersebut dikatakan mempunyai rasa yang enak selain memberi khasiat kepada tubuh manusia. Ikan yu ini sedap. Semua jenis masakan sesuai seperti masak kari, asam pedas, kicap dan gulai. Malah, goreng begitu sahaja pun sudah memadai. Ia mempunyai khasiat yang bertindak sebagai agen untuk membantu mempercepat proses penyembuhan, dakwanya tanpa mengemukakan sebarang bukti saintifik. Lantaran itu, tidak hairanlah apabila Malaysia kini berada di kedudukan...