KEMPEN JANGAN GUNAKAN BOM IKAN & SUJUM BAH!!

Posted By Suzianah Ramlee

1 Tahun kempen Anti Penggunaan Bom Ikan dan Sujum di 7 buah kampung di dalam kawasan cadangan Taman Tun Mustapha merupakan 1 tanggungjawab besar yang harus dipikul dengan semangat dan keberanian. Ibaratnya, ia seolah-olah sesuatu yang bakal berhadapan dengan bencana manusia kerana kempen ini akan berusaha untuk mengubah persepsi dan meningkatkan kesedaran mereka-mereka yang menggunakan bom ikan dan sujum. Pengalaman besar dan usaha murni yang dilakukan oleh komuniti Kg Berungus dalam usaha mengatasi masalah penggunaan bom ikan dan sujum berhampiran kawasan perairan kampung mereka perlulah di contohi. Berbekalkan keberanian komuniti ini walaupun banyak menghadapi ancaman dan ugutan daripada para pengguna bom ikan dan sujum, WWF-Malaysia, Kudat Team dengan kerjasama Yayasan Sabah berusaha membantu komuniti di sini di dalam penjagaan alam sekitar dan juga pembangunan. Saya akui, sikap komuniti Kg Berungus sangatlah luar biasa dan memberi saya dorongan untuk menjalani kempen ini.
Justeru itu, sebagai langkah pertama didalam pelaksanaan kempen ini........................

Anda semua dialu-alukan untuk menghadiri Program Pelancaran Anti Penggunaan Bom Ikan dan Sujum serta Reef Check Training seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 15 Ogos 2009
Tempat : Astaka Pekan Karakit, Banggi

Aturcara

7:30 pagi - Persiapan Kumpulan
8:00 pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan
8:30 pagi - Ketibaan YB/ ADO Banggi
- Agensi Kerajaan
8:45 pagi - Bacaan Doa oleh Imam Karakit
- Persembahan Puppet Show
9:00 pagi - Ucapan alu-aluan oleh pihak penganjur
WWF-Malaysia)
Pejabat Daerah, Banggi
- Ucapan Perasmian oleh YB Abd Mijul Bin Hj Unaini
Wakil Rakyat N1 Banggi.
9:30 pagi - Gambar berkumpulan, lawatan ke Pameran & minum pagi
10:00 pagi - Pengenalan mengenai Rare Pride oleh Cik Suzianah Ramlee
- Kursus Reef Check oleh Cik Sofia Johari

10:30 pagi - Ceramah 1: Bahaya dan Kesan negatif Penggunaan Bom Ikan dan Sujum
& undang-undang berkenaan oleh Jabatan Perikanan

Ceramah 2: Peranan pihak awam dalam menghapuskan penggunaan bom
ikan dan sujum oleh WWF-Malaysia

Ceramah 3: Peranan Pemantauan dalam pemuliharaan Terumbu Karang oleh
Reef Check Malaysia

Ceramah 4: Kajian Kes: Pemantauan Komuniti Kg. Berungus oleh wakil Kg.
Berungus (En. Jamili)

12:00 thari - Persembahan Tarian Kebudayaan
12:30 thari - Makan Tengahari
1:00 ptg - Majlis bersurai


Aktiviti selari (8:00 pagi – 2:00 petang)

- Pameran:
Jabatan Perikanan
Taman-Taman Sabah
WWF-Malaysia
Komuniti – Kg Berungus
Komuniti – Kg Maliangin
Belia Akar Umbi, Banggi
Banggi Youth Club

- Petition

Comments

  1. hi,
    keep the good job guys...i pun selalu remind penduduk Balambangan agar jgn bom ikan...hope they can cooperate on this...feel free to come and visit us in Balambangan...maybe u can organise an awareness campaign

    najib jamil
    guru SK Balambangan Banggi

    ReplyDelete
  2. Hi,
    Thank you Cikgu Najib, we like working with teachers as they are people who can influence future leaders in making a better decision making on development in the future. We really appreciate the work of teachers :)

    We will discuss among our team members the possibility of visiting Balambangan for awareness campaign at SK Balambangan.

    Good luck in your teaching and keep reminding the fish bombers that they shouldnt bomb the reef (whats left of it)...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

A Trip to Pulau Tigabu on the Eastern Edge of Tun Mustapha Park

CROC INCIDENT OFF BALAMBANGAN ISLAND

Have you thought of what these two big brands can do together?